PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR PERAK

*DAN BERIKAN KHABAR GEMBIRA BUAT ORANG-ORANG YANG SABAR. IAITU MEREKA YANG APABILA DITIMPA MUSIBAH MEREKA BERKATA: SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KAMI DATANG DAN SESUNGGUHNYA KEPADA ALLAH KAMI KEMBALI*

RANGKAIAN PRODUK DARUL ANSAR

RANGKAIAN PRODUK DARUL ANSAR MELIPUTI KITAB, AIR MINUMAN, MANDIAN, KAPSUL HERBA, PENJAGAAN MATA, WANGIAN YANG TELAH DIRUQYAH

KULIAH/ KURSUS PERUBATAN ISLAM

IKUTI PENGAJIAN PERUBATAN ISLAM BERSANAD DARUL ANSAR. KITAB THIBB AL-IDRISI KARANGAN SYAIKH MUHAMMAD RAJAB AL-IDRISI MENJADI TEKS RUJUKAN PENGAJIAN DAN RAWATAN

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA

LAYARI DARULANSARMALAYSIA.BLOGSPOT.COM

SYAIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL HJ ABDUL HALIM AL-IDRISI

PENGASAS, PEMBIMBING DAN PENASIHAT DARUL ANSAR MALAYSIA

Tuesday, 10 December 2013

TANDA-TANDA GANGGUAN JIN/ SYAITAN



TANDA-TANDA SEWAKTU TIDUR

  • Sangat susah untuk tidur malam, KECUALI mengambil masa yang lama.
  • Rasa cemas dan sering terjaga pada waktu malam
  • Mimpi buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta memekik untuk meminta pertolongan tetapi tidak mampu.
  • Mimpi melihat sesuatu yang amat menyeramkan
  • Mimpi melihat binatang seperti ular, kucing, anjing, unta, singa, serigala, dan tikus.
  • Gigi geraham berbunyi pada waktu malam.
  • Perasaan sedih ketika tidur.
  • Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  • Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
  • Mimpi berada di dalam kubur, tempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan
  • Mimpi melihat seseorang yang sangat aneh, seperti sangat tinggi atau sangat pendek.
  • Mimpi melihat hantu.
  • Mimpi berada di kuil @ tempat ibadat agama lain
  • Mimpi anak kecil
  • Mimpi menyusukan anak
  • Mimpi dipatuk ular
  • Mimpi seksual yang kerap

TANDA-TANDA SEWAKTU SEDAR

  • Kepala selalu pening yang bukan disebabkan oleh penyakit, sakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut. Mungkin membawa kepada migrain dan sebagainya
  • Selalu lupa, malas perkara ibadah seperti solat, zikir dan lain-lain.
  • Fikiran selalu terganggu atau bercelaru.
  • Selalu lesu dan malas yang bukan disebabkan tabiat.
  • Saraf yang tersumbat.
  • Sakit pada anggota badan yang tidak ada kaitan dengan penyakit zahir atau Hospital tidak dapat mengetahui masalahnya atau tidak sanggup mengubatnya.
  • Sesak nafas @ rasa lemas @ sempit dada waktu asar ke maghrib
  • Ternampat kelibat-kelibat lembaga
  • Terdengar suara yang jauh @ tidak wujud di sekeliling seperti orang berbisik, bunyi orang berjalan di atas bumbung
  • Terbayang pelbagai imej-imej @ imbasan peristiwa yang tidak pernah kita alami 
  • Bau badan lebih busuk dari biasa
  • Nafsu terlalu cepat terangsang
  • Apabila bangun tidur, terus lupa banyak memori
  • FORMULA UMUM: PERUBAHAN TINGKAH LAKU YANG KETARA. SEPERTI DARI PENYABAR MENJADI PEMARAH DAN SEBAGAINYA

Monday, 9 December 2013

PETA KE RUMAH USTAZ HANIT AL-ANSARIYY





HANIT BIN OSMAN AL-ANSARIYY (PENGERUSI DARUL ANSAR PERAK). NO 42, JALAN LESTARI 1, TAMAN KURAU LESTARI, JALAN SIAKAP, 34350 KUALA KURAU

Friday, 29 November 2013

KURSUS RAWATAN ISLAM 2014




KURSUS RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR PERAK 2014

TARIKH MULA: AHAD. 23.02.2014. (FORMULA UMUM: AHAD MGGU KE4)

MASA: 9PG - 4 PTG

TEMPAT: DEWAN MADRASAH FATHUL 'ARIF, MADRASAH FATHUL ARIF, JALAN SK KG. JAMBU, KG. JAMBU, TAIPING (SELEPAS MASJID DAERAH TAIPING, KG. JAMBU, TAIPING)
KLIK DISINI UNTUK MENDAPATKAN PETA

TENAGA PENGAJAR: AL-MUSNID SYAIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL BIN ABDUL HALI AL-IDRISI AL-ANSARIYY HAFIZAHULLAH TA'ALA

8 MODUL KURSUS DIPLOMA PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR

1. HAKIKAT KEJADIAN JIN
2. RAWATAN SIHIR           
3. RAWATAN ‘AIN & PUKAU     
4. PAGAR RUMAH     
5. KELEBIHAN AYAT2 & SURAH PILIHAN     
6. RAWATAN PENYAKIT DENGAN DO’A     
7. KELEBIHAN ZIKIR & DO’A     
8. BEKAM & PENGUBATANNYA

Lain-lain keistimewaan:
    
Ijazah dan sanad Ayat Ruqyah melalui Imam al-Bukhari dan Imam Ahmad sampai ke Rasululullah SAW. Pada sanad yang lain pula melalui Imam Ibnu Majah sampai ke Rasulullah SAW.    Ijazah dan sanad zikir Ahmadiyyah yang sampai ke Rasulullah SAW.    Ijazah & sanad Hadith Musalsal bil-Hijamah (berbekam) sampai ke Rasulullah SAW.    Ijazah kaedah rawatan pinggan putih…dan banyak lagi in sya Allah.
Mangsa-mangsa sakit misteri, gangguam jin, sihir amat digalakkan menyertainya, supaya mengetahui selok belok tipu daya jin dan penyelesaiannya. Guru-guru sekolah ustaz-ustaz juga perlu mengikuti kursus ini lantaran kemungkinan keejadian histeria di sekolah dan boleh juga membantu masyarakat sekeliling.

Wednesday, 6 November 2013

KURSUS RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR PERAK

KURSUS RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR PERAK 2014

TARIKH: AKAN DIMAKLUMKAN KELAK
MASA: 9PG - 4 PTG
TEMPAT: DEWAN MADRASAH FATHUL 'ARIF, TAIPING
TENAGA PENGAJAR: AL-MUSNID SYAIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL BIN ABDUL HALI AL-IDRISI HAFIZAHULLAH TA'ALA

8 MODUL KURSUS DIPLOMA PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR

1. HAKIKAT KEJADIAN JIN
2. RAWATAN SIHIR
            3. RAWATAN ‘AIN & PUKAU
      4. PAGAR RUMAH
      5. KELEBIHAN AYAT2 & SURAH PILIHAN
      6. RAWATAN PENYAKIT DENGAN DO’A
      7. KELEBIHAN ZIKIR & DO’A
      8. BEKAM & PENGUBATANNYA

      Lain-lain keistimewaan:
     
   Ijazah dan sanad Ayat Ruqyah melalui Imam al-Bukhari dan Imam Ahmad sampai ke Rasululullah SAW. Pada sanad yang lain pula melalui Imam Ibnu Majah sampai ke Rasulullah SAW.
    Ijazah dan sanad zikir Ahmadiyyah yang sampai ke Rasulullah SAW.
    Ijazah & sanad Hadith Musalsal bil-Hijamah (berbekam) sampai ke Rasulullah SAW.
    Ijazah kaedah rawatan pinggan putih
…dan banyak lagi in sya Allah.

Mangsa-mangsa sakit misteri, gangguam jin, sihir amat digalakkan menyertainya, supaya mengetahui selok belok tipu daya jin dan penyelesaiannya. Guru-guru sekolah ustaz-ustaz juga perlu mengikuti kursus ini lantaran kemungkinan keejadian histeria di sekolah dan boleh juga membantu masyarakat sekeliling.

Friday, 4 October 2013

PETA KE MADRASAH FATHUL 'ARIF


KULIAH MODUL 8: BEKAM


Tuesday, 10 September 2013

ADAB DAN SYARAT SEORANG MU'ALLIJ

Adab dan Syarat Seorang Mu’allij, antara lain:


  1. Beraqidah dengan aqidah ahlu sunah wal jama’ah yang benar, mengikut aqidah salafunas solihin. Telah masyhur dinyatakan ‘ulama seperti Imam ‘Abdul Qahir al-Baghdadiyy bahawa ahlu sunah wal jama’ah bermaksud mengikuti Imam Abul Hasan ‘Asya’ariyy dan Imam Abu Mansur al-Maturidiyy.
  2. Amat penting para mu’allij menguasai dengan baik syari’at Islam, supaya tidak terpedaya dengan ilmu yang zahirnya Islamik, tetapi sebenarnya mendekatkan diri kepada syaitan.
  3. Memahami selok belok hal ehwal jin dan syaitan serta belitan tipu daya mereka berdasarkan al-Quran dan Sunah, juga berdasarkan pengalaman ‘ulama’ muktabar dalam perubatan dan tasawuf.
  4. Mestilah ikhlas kerana Allah, sentiasa memperbaharui niat kerana Allah. Sentiasa menjaga iktiqad supaya terhindar dari syirik.
  5. Harus mengambil upah tanpa mengambil kesempatan untuk tamak dan haloba.
  6. Istiqamah dengan amalan wirid yang dibekalkan oleh para masyaikh seperti membaca al-Quran, hizb-hizb dan sebagainya. Alangkah baiknya jika seorang mu’allij berbai’ah dan beramal dengan salah satu tareqah muktabar.
  7. Tidak mendakwa mengetahui perkara ghaib.
  8. Memberi panduan dan motivasi kepada pesakit supaya mereka tidak berikhtiar dengan cara salah atau pun berputus asa dengan rahmat Allah.
  9. Mengambil kesempatan merawat untuk berdakwah kepada jin dan pesakit.