Tuesday, 10 December 2013

TANDA-TANDA GANGGUAN JIN/ SYAITAN



TANDA-TANDA SEWAKTU TIDUR

  • Sangat susah untuk tidur malam, KECUALI mengambil masa yang lama.
  • Rasa cemas dan sering terjaga pada waktu malam
  • Mimpi buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta memekik untuk meminta pertolongan tetapi tidak mampu.
  • Mimpi melihat sesuatu yang amat menyeramkan
  • Mimpi melihat binatang seperti ular, kucing, anjing, unta, singa, serigala, dan tikus.
  • Gigi geraham berbunyi pada waktu malam.
  • Perasaan sedih ketika tidur.
  • Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  • Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
  • Mimpi berada di dalam kubur, tempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan
  • Mimpi melihat seseorang yang sangat aneh, seperti sangat tinggi atau sangat pendek.
  • Mimpi melihat hantu.
  • Mimpi berada di kuil @ tempat ibadat agama lain
  • Mimpi anak kecil
  • Mimpi menyusukan anak
  • Mimpi dipatuk ular
  • Mimpi seksual yang kerap

TANDA-TANDA SEWAKTU SEDAR

  • Kepala selalu pening yang bukan disebabkan oleh penyakit, sakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut. Mungkin membawa kepada migrain dan sebagainya
  • Selalu lupa, malas perkara ibadah seperti solat, zikir dan lain-lain.
  • Fikiran selalu terganggu atau bercelaru.
  • Selalu lesu dan malas yang bukan disebabkan tabiat.
  • Saraf yang tersumbat.
  • Sakit pada anggota badan yang tidak ada kaitan dengan penyakit zahir atau Hospital tidak dapat mengetahui masalahnya atau tidak sanggup mengubatnya.
  • Sesak nafas @ rasa lemas @ sempit dada waktu asar ke maghrib
  • Ternampat kelibat-kelibat lembaga
  • Terdengar suara yang jauh @ tidak wujud di sekeliling seperti orang berbisik, bunyi orang berjalan di atas bumbung
  • Terbayang pelbagai imej-imej @ imbasan peristiwa yang tidak pernah kita alami 
  • Bau badan lebih busuk dari biasa
  • Nafsu terlalu cepat terangsang
  • Apabila bangun tidur, terus lupa banyak memori
  • FORMULA UMUM: PERUBAHAN TINGKAH LAKU YANG KETARA. SEPERTI DARI PENYABAR MENJADI PEMARAH DAN SEBAGAINYA

0 comments:

Post a Comment