Kaedah Rawatan

ADAB PESAKIT

Antara lain:

1.        Membersihkan diri dari segala macam kesyirikan, seperti tangkal, azimat, pelaris, pengasih yang            tidak dibenarkan.

2.        Pesakit perempuan WAJIB datang bersama mahram, menutup aurat dan tidak bersolek berlebih-            lebihan supaya menutup sebarang pintu fitnah. Jika tidak dipatuhi anda mungkin tidak dirawat.

3.        Memperbanyakkan zikir, sekurang-kurangnya membaca sural an-Nas dan al-Falaq. Pesakit                    dinasihatkan beramal dengan amalan yang dibekalkan oleh mu’allij.

4.        Pesakit; sebagaimana MUA'LLIJ (perawat) mestilah beriktiqad hanya Allah yang memberi kesan              dan penyembuhan, manusia hanya diberi ruang kasb dalam ikhtiar.

5.        Pesakit perempuan diminta memakai seluar panjang di dalam kain, sebagai langkah berhati-hati,            terutama jika berlaku kerasukan @ melakukan perbuatan di luar sedar.

6.        Sentiasa dalam keadaan wudhu'

7.        Melazimkan solat taubat, hajat dan lain-lain

8.        Melazimkan diri bertawakkal sepanjang masa

* NOTA: Jika pesakit biasa kerasukan @ histeria/ mengamuk/ bersilat, mohon membawa ahli keluarga dan rakan-rakan tambahan. Supaya pesakit boleh dipegang dan dikawal ketika dirawat

BAHAN-BAHAN YANG PERLU DIBAWA

A. UNTUK MINUM/ MANDIAN

1. LIMAU PURUT 21 BIJI

2. LADA HITAM

3. GARAM KASAR

4. CUKA MAKAN

5. AIR MINERAL/ GAU/ ZAMZAM. 

* NOTA: Air Gau yang telah diruqyah berulang kali in sya Allah ada dijual di pusat rawatan, sila hubungi/ sms untuk kepastian

B. UNTUK PAGAR RUMAH (KUANTITI IKUT KELUASAN RUMAH)

1. LIMAU PURUT

2. LADA HITAM

3. GARAM KASAR

4. CUKA MAKAN

5. AIR MINERAL/ GAU/ ZAMZAM. 

6. MINYAK WANGI KASTURI

* MUALLIJ BOLEH PERGI MEMAGAR RUMAH ATAS PERMINTAAN DAN KELAPANGAN MUALLIJ



C. BAGI PESAKIT SANTAU


BAHAN YANG PERLU DIBAWA:

1. AIR KELAPA MUDA (AIR YANG SEDIA DIAMBIL)

2. 21 BIJI LADA HITAM

3. 21 BIJI LIMAU NIPIS

4. AIR MINERAL/ GAU/ ZAMZAM



0 comments:

Post a Comment