PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR PERAK

*DAN BERIKAN KHABAR GEMBIRA BUAT ORANG-ORANG YANG SABAR. IAITU MEREKA YANG APABILA DITIMPA MUSIBAH MEREKA BERKATA: SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KAMI DATANG DAN SESUNGGUHNYA KEPADA ALLAH KAMI KEMBALI*

RANGKAIAN PRODUK DARUL ANSAR

RANGKAIAN PRODUK DARUL ANSAR MELIPUTI KITAB, AIR MINUMAN, MANDIAN, KAPSUL HERBA, PENJAGAAN MATA, WANGIAN YANG TELAH DIRUQYAH

KULIAH/ KURSUS PERUBATAN ISLAM

IKUTI PENGAJIAN PERUBATAN ISLAM BERSANAD DARUL ANSAR. KITAB THIBB AL-IDRISI KARANGAN SYAIKH MUHAMMAD RAJAB AL-IDRISI MENJADI TEKS RUJUKAN PENGAJIAN DAN RAWATAN

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA

LAYARI DARULANSARMALAYSIA.BLOGSPOT.COM

SYAIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL HJ ABDUL HALIM AL-IDRISI

PENGASAS, PEMBIMBING DAN PENASIHAT DARUL ANSAR MALAYSIA

Tuesday, 24 December 2013

ADAB MAJLIS ZIKIR



Antara adab yg perlu dijaga khususnya semasa mjlis:

1. Bersalam dan cium tng syaikh.
2. Tidak meninggikan suara di hadapan syaikh
3. Berwangi2, sebaiknya kasturi
4. Tidak membelakangi syaikh ketika berundur darinya.
5. Tidak bising
6. Ikut arahan syaikh terutama peraturan zikir
7. Jgn duduk @ pijak tempat yg disediakn untuk syaikh tnpa izinnya
8. Minta izin untuk balik dari syaikh.
9. Memberi hadiah berupa wang atau cenderahati kpda syaikh sbgai tnda kasih kita. (Syaikh x terima sedekah)
10. Paling pnting serah diri sepenuhnya untuk ditarbiyyah oleh syaikh. Asas pnting dapat redha Allah dan ma'rifahNya.
11. Paling penting sentiada bersangka baik kpda Allah, Rasul, Masyayikh dalam sanad, dan Syaikh kita

Ada ulama menakrifkan tasawwuf itu semuanya adab, tasawwuf itu akhlaq, semakin tinggi akhlaq semakin tinggi tasawwuf kita.

Sunday, 15 December 2013

PENGAJIAN AL-QURAN BERSANAD


PENGAJIAN AL-QURAN BERSANAD

GURU: AL-MUSNID SYAIKH RAJAB AL-IDRISIYY AL-ANSARIYY

YURAN: RM60 SEBULAN

TEMPOH: 2 TAHUN 6 BULAN (ANGGARAN)

TEMPAT: DEWAN FATHUL 'ARIF, MADRASAH FATHUL 'ARIF, TAIPING (PETA: DARULANSARPERAK.BLOGSPOT.COM)

TARIKH: 23.02.2014
HARI: AHAD
MASA: 4.00 PM -6.00 PM

SYARAT: TELAH LANCAR MEMBACA AL-QURAN

SETELAH KHATAM, SYAIKH AKAN MENGIJAZAHKAN BACAAN AL-QURAN DAN SANAD YANG BERSAMBUNG SAMPAI KE RASULULLAH SAW.

BONUS: IJAZAH BEBERAPA KITAB TAFSIR MUKTABAR DAN LAIN2

Wednesday, 11 December 2013

BEKAM SUNNAH

ADAB & SYARAT PESAKIT

ADAB & SYARAT PESAKIT


Antara lain:

1.        Membersihkan diri dari segala macam kesyirikan, seperti tangkal, azimat, pelaris, pengasih tidak dibenarkan.

2.        Pesakit perempuan WAJIB datang bersama mahram, menutup aurat dan tidak bersolek berlebih-lebihan supaya menutup sebarang pintu fitnah. Jika tidak dipatuhi anda mungkin tidak dirawat.

3.        Memperbanyakkan zikir, sekurang-kurangnya membaca sural an-Nas dan al-Falaq. Pesakit dinasihatkan beramal dengan amalan yang dibekalkan oleh mu’allij.

4.        Pesakit; sebagaimana mu’allij mestilah beriktiqad hanya Allah yang memberi kesan dan penyembuhan, manusia hanya diberi ruang kasb dalam ikhtiar.

Tuesday, 10 December 2013

TANDA-TANDA GANGGUAN JIN/ SYAITAN



TANDA-TANDA SEWAKTU TIDUR

  • Sangat susah untuk tidur malam, KECUALI mengambil masa yang lama.
  • Rasa cemas dan sering terjaga pada waktu malam
  • Mimpi buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta memekik untuk meminta pertolongan tetapi tidak mampu.
  • Mimpi melihat sesuatu yang amat menyeramkan
  • Mimpi melihat binatang seperti ular, kucing, anjing, unta, singa, serigala, dan tikus.
  • Gigi geraham berbunyi pada waktu malam.
  • Perasaan sedih ketika tidur.
  • Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  • Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
  • Mimpi berada di dalam kubur, tempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan
  • Mimpi melihat seseorang yang sangat aneh, seperti sangat tinggi atau sangat pendek.
  • Mimpi melihat hantu.
  • Mimpi berada di kuil @ tempat ibadat agama lain
  • Mimpi anak kecil
  • Mimpi menyusukan anak
  • Mimpi dipatuk ular
  • Mimpi seksual yang kerap

TANDA-TANDA SEWAKTU SEDAR

  • Kepala selalu pening yang bukan disebabkan oleh penyakit, sakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut. Mungkin membawa kepada migrain dan sebagainya
  • Selalu lupa, malas perkara ibadah seperti solat, zikir dan lain-lain.
  • Fikiran selalu terganggu atau bercelaru.
  • Selalu lesu dan malas yang bukan disebabkan tabiat.
  • Saraf yang tersumbat.
  • Sakit pada anggota badan yang tidak ada kaitan dengan penyakit zahir atau Hospital tidak dapat mengetahui masalahnya atau tidak sanggup mengubatnya.
  • Sesak nafas @ rasa lemas @ sempit dada waktu asar ke maghrib
  • Ternampat kelibat-kelibat lembaga
  • Terdengar suara yang jauh @ tidak wujud di sekeliling seperti orang berbisik, bunyi orang berjalan di atas bumbung
  • Terbayang pelbagai imej-imej @ imbasan peristiwa yang tidak pernah kita alami 
  • Bau badan lebih busuk dari biasa
  • Nafsu terlalu cepat terangsang
  • Apabila bangun tidur, terus lupa banyak memori
  • FORMULA UMUM: PERUBAHAN TINGKAH LAKU YANG KETARA. SEPERTI DARI PENYABAR MENJADI PEMARAH DAN SEBAGAINYA

Monday, 9 December 2013

PETA KE RUMAH USTAZ HANIT AL-ANSARIYY





HANIT BIN OSMAN AL-ANSARIYY (PENGERUSI DARUL ANSAR PERAK). NO 42, JALAN LESTARI 1, TAMAN KURAU LESTARI, JALAN SIAKAP, 34350 KUALA KURAU