PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR PERAK

*DAN BERIKAN KHABAR GEMBIRA BUAT ORANG-ORANG YANG SABAR. IAITU MEREKA YANG APABILA DITIMPA MUSIBAH MEREKA BERKATA: SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KAMI DATANG DAN SESUNGGUHNYA KEPADA ALLAH KAMI KEMBALI*

RANGKAIAN PRODUK DARUL ANSAR

RANGKAIAN PRODUK DARUL ANSAR MELIPUTI KITAB, AIR MINUMAN, MANDIAN, KAPSUL HERBA, PENJAGAAN MATA, WANGIAN YANG TELAH DIRUQYAH

KULIAH/ KURSUS PERUBATAN ISLAM

IKUTI PENGAJIAN PERUBATAN ISLAM BERSANAD DARUL ANSAR. KITAB THIBB AL-IDRISI KARANGAN SYAIKH MUHAMMAD RAJAB AL-IDRISI MENJADI TEKS RUJUKAN PENGAJIAN DAN RAWATAN

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA

LAYARI DARULANSARMALAYSIA.BLOGSPOT.COM

SYAIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL HJ ABDUL HALIM AL-IDRISI

PENGASAS, PEMBIMBING DAN PENASIHAT DARUL ANSAR MALAYSIA

Tuesday 10 September 2013

ADAB DAN SYARAT SEORANG MU'ALLIJ

Adab dan Syarat Seorang Mu’allij, antara lain:


  1. Beraqidah dengan aqidah ahlu sunah wal jama’ah yang benar, mengikut aqidah salafunas solihin. Telah masyhur dinyatakan ‘ulama seperti Imam ‘Abdul Qahir al-Baghdadiyy bahawa ahlu sunah wal jama’ah bermaksud mengikuti Imam Abul Hasan ‘Asya’ariyy dan Imam Abu Mansur al-Maturidiyy.
  2. Amat penting para mu’allij menguasai dengan baik syari’at Islam, supaya tidak terpedaya dengan ilmu yang zahirnya Islamik, tetapi sebenarnya mendekatkan diri kepada syaitan.
  3. Memahami selok belok hal ehwal jin dan syaitan serta belitan tipu daya mereka berdasarkan al-Quran dan Sunah, juga berdasarkan pengalaman ‘ulama’ muktabar dalam perubatan dan tasawuf.
  4. Mestilah ikhlas kerana Allah, sentiasa memperbaharui niat kerana Allah. Sentiasa menjaga iktiqad supaya terhindar dari syirik.
  5. Harus mengambil upah tanpa mengambil kesempatan untuk tamak dan haloba.
  6. Istiqamah dengan amalan wirid yang dibekalkan oleh para masyaikh seperti membaca al-Quran, hizb-hizb dan sebagainya. Alangkah baiknya jika seorang mu’allij berbai’ah dan beramal dengan salah satu tareqah muktabar.
  7. Tidak mendakwa mengetahui perkara ghaib.
  8. Memberi panduan dan motivasi kepada pesakit supaya mereka tidak berikhtiar dengan cara salah atau pun berputus asa dengan rahmat Allah.
  9. Mengambil kesempatan merawat untuk berdakwah kepada jin dan pesakit.