Saturday, 31 December 2016
Wednesday, 27 July 2016
Tuesday, 1 March 2016
Isu Imam Hasan al-Basri tidak pernah berjumpa dengan Sayyidina Ali
00:28
No comments
Soalan:
Apakah pandangan ust mengenai dakwaan tidak mendengarnya
Imam Hasan al-Basri kpd Sayyidina Ali?
Maksudnya Imam Hasan al-Basri tidak pernah berjumpa dengan
Sayyidina Ali?
Jawapan Ustaz Khafidz Soroni:
Isu riwayat al-Hasan al-Basri daripada Saidina ‘Ali RA ini
sudah lama menjadi perbahasan di kalangan ulama hadis. Sebagaimana pihak yang
mengatakannya tidak sahih telah menolak berdasarkan dalil-dalil, maka begitu
juga pihak yang mengatakannya sahih telah menyabitkannya berdasarkan
dalil-dalil juga.
Perbincangannya dapat dirujuk kepada kitab2 spt:
1. kitab (إتحاف الفرقة برفع
الخرقة) oleh al-Hafiz al-Suyuti (lihat al-Hawi, 2/191).
2. kitab (البرهان الجلي في
تحقيق انتساب الصوفية إلى علي) oleh al-Hafiz Ahmad bin al-Siddiq
al-Ghumari (hlm. 181),
3. kitab (در السحابة في صحة
سماع الحسن البصري من جماعة من الصحابة) oleh
Syeikh Ahmad Abu al-Khair al-Ahmadi al-Makki dan sebagainya.
Al-Hafiz al-Suyuti menyebut, pendapat yg mengatakan riwayat
al-Hasan al-Basri daripada Saidina ‘Ali RA itu sahih adalah pendapat yg rajih.
Kata beliau: "Ia juga telah dirajihkan oleh al-Hafiz Dhiya’uddin
al-Maqdisi dalam kitab al-Mukhtarah”.
al-Hafiz Ahmad al-Ghumari telah mngkritik Syeikh Ibn
Taimiyyah kerana mendakwa ulama telah bersepakat bahawa al-Hasan al-Basri tidak
pernah berjumpa dengan Saidina ‘Ali RA. Sedangkan terdapat sebahagian ulama
yang berpendapat al-Hasan al-Basri pernah melihat Saidina ‘Ali RA, antaranya
seperti yang dinukilkan oleh Ibn Abi Hatim dalam kitab al-Marasil daripada Abu
Zur'ah dan 'Ali bin al-Madini. Ia juga pendapat Ibn al-'Arabi, az-Zahabi,
Dhiya’uddin al-Maqdisi, Ibn al-Jazari, al-Barzali dan lain-lain. Apatah lagi
pendapat para masyayikh sufiyyah.
Terdapat dalil-dalil yg menunjukkan ihtimal kuat/
kemungkinan besar al-Hasan al-Basri pernah mendampingi Saidina ‘Ali RA. Ini
kerana semasa zaman al-Khalifah 'Uthman RA beliau sudah remaja belasan tahun yg
sudah tentu menemui ramai sahabat2 Nabi SAW dan menimba ilmu daripada mereka.
Kata beliau:
عن الحسن البصري رضي
الله عنه قال: "كنتُ أدخل بيوتَ أزواج النبي في خلافة عثمان بن عفان، فأتناول سقفها
بيدي". أخرجه البخاري في الأدب المفرد (برقم 450) وأبو داود في مراسيله (برقم
468)، بسند صحيح.
"Aku pernah masuk ke rumah isteri-isteri Nabi SAW di
masa pemerintahan 'Uthman bin 'Affan RA, maka aku dapat mncapai bumbungnya
dengan tanganku”. (HR al-Bukhari dlm al-Adab al-Mufrad dan Abu Dawud dlm
al-Marasil dgn sanad sahih)
al-Hafiz Ahmad al-Ghumari turut menyabitkan 10 hadis yg
diriwayatkan oleh al-Hasan al-Basri daripada Saidina ‘Ali RA. Selain drp satu
riwayat sama', satu riwayat musafahah, dua riwayat mujalasah dan satu riwayat
solat berimamkan Saidina ‘Ali RA.
Hujah2 selanjutnya boleh dirujuk kepada kitab beliau, tanpa
menafikan adanya kritikan2 drp pihak yg menolaknya. Namun, tidak sedikit ulama
yg berpendapat bhw riwayat al-Hasan al-Basri daripada Saidina ‘Ali RA itu
adalah sahih berdasarkan himpunan kesemua dalil2 yg dinyatakan. Menurut kaedah
usul; org yg menyabitkan perlu didahulukan ke atas org yg menafikan.
Wallahu a'lam.
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO
Subscribe to:
Posts (Atom)