PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR PERAK

*DAN BERIKAN KHABAR GEMBIRA BUAT ORANG-ORANG YANG SABAR. IAITU MEREKA YANG APABILA DITIMPA MUSIBAH MEREKA BERKATA: SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KAMI DATANG DAN SESUNGGUHNYA KEPADA ALLAH KAMI KEMBALI*

RANGKAIAN PRODUK DARUL ANSAR

RANGKAIAN PRODUK DARUL ANSAR MELIPUTI KITAB, AIR MINUMAN, MANDIAN, KAPSUL HERBA, PENJAGAAN MATA, WANGIAN YANG TELAH DIRUQYAH

KULIAH/ KURSUS PERUBATAN ISLAM

IKUTI PENGAJIAN PERUBATAN ISLAM BERSANAD DARUL ANSAR. KITAB THIBB AL-IDRISI KARANGAN SYAIKH MUHAMMAD RAJAB AL-IDRISI MENJADI TEKS RUJUKAN PENGAJIAN DAN RAWATAN

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA

LAYARI DARULANSARMALAYSIA.BLOGSPOT.COM

SYAIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL HJ ABDUL HALIM AL-IDRISI

PENGASAS, PEMBIMBING DAN PENASIHAT DARUL ANSAR MALAYSIA

Monday, 30 November 2015

Ijazah Pengubatan Islam Darul Ansar Negeri Perak

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pengambilan pelajar untuk program Ijazah Pengubatan Islam Darul Ansar Negeri Perak dibuka sekarang ini kepada umum bagi sesi Februari - November 2016. Untuk pendaftaran sila hubungi:

Ustaz Hanit al-Ansariyy (YDP YADAIM Perak)
️ 0175772660


Ustaz Razif al-Ansariyy (NYDP YADAIM Perak)
️ 011-3214 2571

Atau Whatsapp
📱0134742240 (YDP)
📱 019-508 7078 (NYDP)

Blog: darulansarperak
upahajiperak

FB:
Darul Ansar Perak
Upah Haji Perak

Friday, 28 August 2015

UPAH HAJI/ BADAL HAJI


Friday, 31 July 2015

JADUAL RAWATAN DARUL ANSAR PARIT BUNTAR

Jadual rawatan islam darul ansar caw parit buntar bulan Ogos:
02.08.2015 & 16.08.2015 hari ahad.
Berhadapan Masjid Ridzuan, parit buntar, sebelah kedai az-zain, tingkat atas.
Pesakit yg nak datang sila istighfar 1000x sebelum hadir. Kalau x sempat, telefon perawat dahulu.
013474220/ 0175772660 (ustaz hanit al-ansariyy)
blog: darulansarperak/ upahajiperak
Fb: darul ansar perak/ upah haji perak
Fb  Personal: abu nasih al-ansariyy

Monday, 4 May 2015

Kuliah Perubatan Islam siri 4/ 2015

Kuliah Perubatan Islam Darul Ansar Perak siri 4/ 2015.
Tarikh/ Hari: 31 Mei 2015/ Ahad
Tempat: PURAWI Darul Ansar Ipoh.
Masa: 08.00 - 16.00
Tajuk: PAGAR RUMAH

Peta Lokasi:http://darulansarperak.blogspot.com/2015/02/peta-lokasi-purawi-darul-ansar-ipoh.html

Monday, 9 March 2015

ISIS



Ins ya Allah malam esok, YDP Darul Ansar Perak, Ustaz Hanit Osman al-Ansariyy akan berkuliah di Masjid al-Islah di Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal. Berdekatan Pasar Kemboja. Beliau akan menyentuh sedikit tentang ISIS berdasarkan athar/ amaran Sayyiduna Ali kw. Dijemput hadir, terutamanya anak-anak muda. Penting!!!

Wednesday, 4 March 2015

HADIS 40 IMAM AL-AJLUNIYY: KITAB PERTAMA

KITAB PERTAMA: SAHIH AL-BUKHARI

قَالَ الشَّيخُ الإِمَامُ الحَافِظُ أَبُو عَبدِ اللهِ مُحَمَّدُ بنُ إِسمَاعِيلَ بنُ إِبرَاهِيمَ بنُ الـمُغِيرَة البُخَارِيُّ، عَلَيهِ رَحمَةُ الكرِيمِ البَارِي، فِي أَوَّلِ صَحِيحِهِ: بِسمِ اللهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ، بَابٌ كَيفَ كَانَ بَدءُ الوَحيِ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ، وَقَولُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ: {إِنَّا أَوحَينَا إِلَيكَ كَمَا أَوحَينَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِن بَعدِهِ} النساء/163.

Telah berkata Syaikh al-Imam al-Hafiz Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Bukhari;  moga (dicucuri) Rahmat al-Karim al-Bari ke atasnya, hadis pertama dalam Sahihnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Bab Bagaimana Keadaan Permulaan (turunnya) Wahyu kepada Rasul SAW, dan berkata Allah Azza wa Jal:

Sesungguhnya Kami telah mewahyukan kepadamu (wahai Muhammad) sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutuskan kemudiannya.. (Quran: an-Nisa’: 163)

 وَبِالسَّنَدِ إِلَيهِ قَالَ: حَدَّثَنَا الحُمَيدِيُّ عَبدُاللهِ بنُ الزُّبَيرِ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفيَانُ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحيَى بنُ سَعِيدٍ الأَنصَارِيُّ، قَالَ: أَخبَرَنِي مُحَمَّدُ بنُ إِبرَاهِيمَ التَّيمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَلقَمَةَ بنَ وَقَّاصٍ اللَّيثِيَّ يَقُولُ: سَمِعتُ عُمَرَ بنُ الخَطَّابِ رَضَيَ اللهُ عَنهُ عَلَى الـمِنبَرِ يَقُولُ: سَمِعتُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: "إِنَّمَا الأَعمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امرِئٍ مَا نَوَى، فَمَن كَانَت هِجرَتُهُ إِلَى دُنيَا يُصِيبُهَا أَو إِلَى امرَأَةٍ يَنكِحُهَا فَهِجرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيهِ.

Dan dengan sanad yang bersambung dengannya, berkata (Imam al-Bukhari): Berkata kepada kami al-Humaidi ‘Abdullah bin az-Zubair,berkata: berkata kepada kami Sufyan berkata: berkata kepada kami Yahya bin Sa’id al-Ansari, berkata: dikhabarkan kepada kami Muhammad bin Ibrahim at-Taimi sesungguhnya beliau mendengar ‘Alqamah bin Waqqas al-Laitsi: Aku mendengar ‘Umar bin al-Khattab RA berkata di atas mimbar: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya setiap perbuatan berdasarkan niat. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya f, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya f. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya sebagaimana yang dia niatkan (mendapat apa yang dia niatkan).

(Riwayat dua Imam adith, Abu ‘Abdullah Muammad bin Isma’il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardzibah al-Al-Bukhariyy dan Abu al-usain, Muslim bin al-ajjaj bin Muslim al-Qusyairi an-Naisyaburi)

وَبِالسَّنَدِ إِليهِ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبدُ اللهِ بنُ يُوسُفَ، قَالَ: أَخبَرَنَا مَالِك، عَن هِشَامِ بِنِ عُروَةَ، عَن أَبِيهِ، عَن عَائِشَةَ أُمُّ الـمُؤمِنِينَ رَضِيَ اللهُ عَنهَا أَنَّ الحَارِثَ بنَ هِشَامٍ رضي الله تعالى عنه سَأَلَ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا رَسُولَ الله كَيفَ يَأتِيكَ الوَحيُ؟ فَقَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم: "أَحيَانًا يَأتِينِي مِثلَ صَلصَلَةِ الجَرَسِ، وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ فَيُفصَمُ عَنِّي وَقَد وَعَيتُ عَنهُ مَا قَالَ وَأَحيَانًا يَتَمَثَّلُ لِي الـمَلَكُ رَجُلاً فَيُكَلِّمَنِي فَأَعِي مَا يَقُولُ".

Dan dengan sanad kepadanya (Imam al-Bukhari) berkata: Berkata kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf, (dia) berkata:  dikhabarkan kepada kami oleh Malik, daripada Hisyam bin ‘Urwah, daripada ayahnya, daripada ‘A‘isyah Ummul Mukminin RA, sesungguhnya al-Harits bin Hisyam RA telah menyoal Rasulullah SAW, maka (dia) berkata: Ya Rasulullah, bagaimana keadaan ketika sampainya wahyu kepadamu? Maka berkata  Rasulullah SAW:

Kadan-kadang ia turun seperti deringan loceng, inilah bentuk (wahyu) yang paling berat dari semua (keadaan turunya wahyu) dan berlalu selepas aku telah mendapat apa yang dikatakannya. Kadang-kadang Malaikat datang dalam bentuk seorang manusia dan menyampaikan (wahyu) kepadaku sehinggalah aku dapat apa yang dikatakannya

قَالَت عَائِشَةُ رضي الله عنها: وَلَقَد رَأَيتُهُ يَنـزِلُ عَلَيهِ الوَحيُ فِي اليَومِ الشَّدِيدِ البَردِ فَيَفصِمُ عَنهُ وَإِنَّهُ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا.

Berkata ‘A‘isyah RA: Sesungguhnya aku telah melihat (Rasulullah SAW ketika) diturunkan kepadanya pada hari yang teramat sejuk, maka peluh Baginda SAW menitis dari dahinya.

 

Wednesday, 18 February 2015

KULIAH SUBUH PERDANA PERUBATAN ISLAM


Tuesday, 3 February 2015

PETA LOKASI TEMPAT KURSUS (PURAWI DARUL ANSAR IPOH)



     PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR, IPOH
     NO 7A, PERSIARAN MERU UTAMA
     JALAN MERU UTAMA,
     BANDAR MERU RAYA
     30020 IPOH     
     PERAK
     (BERDEKATAN MYDIN MERU JAYA, SEBELUM BANGUNAN KEMENTERIAN         
      DALAM NEGERI)
     
BOLEH JUGA BUKA LAMAN WEB FOURSQUARE.COM DAN CARI RESTORAN NASI ARAB AS-ZAHRA, KERANA PURAWI DARUL ANSAR IPOH TERLETAK DALAM SATU BLOK DENGANNYA

Saturday, 3 January 2015

Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir Kelantan