Adab dan Syarat Seorang Mu’allij, antara lain:
- Beraqidah dengan aqidah ahlu sunah wal jama’ah yang benar, mengikut aqidah salafunas solihin. Telah masyhur dinyatakan ‘ulama seperti Imam ‘Abdul Qahir al-Baghdadiyy bahawa ahlu sunah wal jama’ah bermaksud mengikuti Imam Abul Hasan ‘Asya’ariyy dan Imam Abu Mansur al-Maturidiyy.
- Amat penting para mu’allij menguasai dengan baik syari’at Islam, supaya tidak terpedaya dengan ilmu yang zahirnya Islamik, tetapi sebenarnya mendekatkan diri kepada syaitan.
- Memahami selok belok hal ehwal jin dan syaitan serta belitan tipu daya mereka berdasarkan al-Quran dan Sunah, juga berdasarkan pengalaman ‘ulama’ muktabar dalam perubatan dan tasawuf.
- Mestilah ikhlas kerana Allah, sentiasa memperbaharui niat kerana Allah. Sentiasa menjaga iktiqad supaya terhindar dari syirik.
- Harus mengambil upah tanpa mengambil kesempatan untuk tamak dan haloba.
- Istiqamah dengan amalan wirid yang dibekalkan oleh para masyaikh seperti membaca al-Quran, hizb-hizb dan sebagainya. Alangkah baiknya jika seorang mu’allij berbai’ah dan beramal dengan salah satu tareqah muktabar.
- Tidak mendakwa mengetahui perkara ghaib.
- Memberi panduan dan motivasi kepada pesakit supaya mereka tidak berikhtiar dengan cara salah atau pun berputus asa dengan rahmat Allah.
- Mengambil kesempatan merawat untuk berdakwah kepada jin dan pesakit.